Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong menyantuni tetamu Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai anjurannya. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Hari Gawai dicadangkan sebagai cuti umum seluruh negara

ByAmirah Shawel

BINTULU, 4 Jun: Cadangan untuk menjadikan Hari Gawai pada 1 Jun sebagai cuti umum seluruh negara perlu dikemukakan kepada Kabinet terlebih dahulu, menurut Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) berkata, pengiktirafan itu akan menjadi satu penghormatan buat suku kaum Dayak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Gawai yang dianjurkan di kediamannya. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Menurutnya, pengiktirafan itu juga memberi pemahaman budaya kepada masyarakat di Semenanjung Malaysia tentang keunikan dan kepentingan perayaan suku kaum di Sarawak.

“Cadangan ini perlu diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa salahnya Hari Gawai dijadikan sebagai cuti umum seluruh negara.

“Kita mahu komuniti Dayak yang tidak dapat balik kampung untuk meraikan perayaan ini bersama rakan-rakan di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai yang dianjurkan di kediamannya di Pearl Garden di sini, hari ini.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari diiringi Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon.

Ugak yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan cadangan tersebut seiring dengan konsep kerajaan Malaysia Madani yang meraikan kepelbagaian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan