Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Zahid (tengah) ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Hari Gawai di Rumah Richard Engking, Kapit. Foto: TVS

UMNO terbuka kepada semua – Zahid

KAPIT, 3 Jun: UMNO setiasa terbuka untuk mana-mana bekas ahli mahupun ahli parti lain untuk datang melihat sendiri proses semasa Perhimpunanan Agong UMNO akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun kehadiran terbabit hanya sebagai pemerhati sahaja dan tidak boleh berada di dalam dewan perwakilan.

“Siapa-siapa yang nak datang, ahli yang bukan perwakilan atau bekas ahli-ahli yang mahu kerinduan mereka terhadap Perhimpunan Agung UMNO ini terubat sila datang dan lain-lain parti juga boleh datang,” katanya.

“Kita harapkan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2023 ini adalah suatu titik permulaan bagi kita untuk menyelesaikan permasalahan atau isu yang ada selama ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin bersama rakyat dan Sambutan Hari Gawai di Rumah Richard Engking di sini, hari ini.

Beliau berkata, menerusi perhimpunan terbabit ia diharap akan dapat menyelesaikan beberapa isu berkait parti itu sekali gus mengeratkan perpaduan antara ahli dalam parti terbabit.

Sementara itu, Zahid turut menghargai kehadiran pemimpin-pemimpin dari komponen parti Kerajaan Perpaduan yang akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

“Ini adalah satu perkara yang cukup baik dan penghargaan kepada UMNO dan Barisan Nasional di mana kita harus memperlihatkan optik yang baik bahawa kita sedang berusaha untuk terus memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan ini.

“Kita sedang mengatur supaya Kerajaan Perpaduan ini lebih berstruktur untuk kerjasamanya kerana kita telah sama-sama sekurang-kurangnya setakat ini tiga kali mesyuarat sekretariat kepimpinan Kerajaan Perpaduan ini,” jelasnya.

Semalam, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki secara berseloroh menjemput bekas-bekas ahli parti itu yang telah dipecat untuk turut hadir sebagai pemerhati pada perhimpunan Agong UMNO 2023 mulai 7 Jun ini- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan