Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail: Bernama

Sarawak, Sabah tidak akan ketinggalan susulan pemindahan ibu negara Indonesia

ByLuqman Muhammad

KAPIT, 3 Jun: Kerajaan Persekutuan akan memastikan bahawa Sarawak dan Sabah tidak akan ketinggalan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Pusat akan menyediakan infrastruktur yang lebih baik sepanjang jalan-jalan sedia ada di dua negeri borneo ini.

“Saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melebarkan serta melakukan penambahbaikan bagi memastikan bahawa Sarawak dan Sabah tidak harus ketinggalan berbanding dengan ibu negara baharu Indonesia,” katanya ketika berucap di Majlis Interaksi dan Sambutan Gawai Dayak di Dewan Suarah Kapit, hari ini.

Katanya lagi, beliau juga yakin Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta lain-lain kemudahan yang melibatkan sempadan keluar masuk antara Malaysia dengan Indonesia akan dinaiktarafkan.

Menurut Zahid, ini kerana Sarawak harus mengambil peluang terhadap potensi baharu tersebut, agar ‘barter trade‘ atau perdagangan barangan serta kemasukan pelancong asing ke Sabah dan Sarawak harus dipertingkatkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan