Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tujuh,kanan) bergambar kenangan selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di Dewan Suarah Kapit. Foto: TVS.

Projek pembangunan infrastruktur bernilai RM290 juta di Kapit – Zahid

KAPIT, 3 Jun: Kerajaan Persekutuan meluluskan empat projek pembangunan infrastruktur bernilai lebih RM290 juta di Bahagian Kapit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia membabitkan pembinaan jalan raya, jambatan dan skim bekalan air alternatif.

“Projek jalan Nanga Semaram ke Nanga Beguang berjumlah RM170 telah diluluskan dan dipercepatkan, keduanya jalan Sungai Sut ke Rumah Juntai (RM60 juta).

“Ketiganya saya meminta agar jambatan Sungai Hamang digantikan jambatan baharu dengan kos RM4.8 juta selain skim bekalan air altenatif di Bahagian Kapit yang kosnya RM60 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di Dewan Suarah Kapit di sini hari ini.

Terdahulu Menteri Kerja Raya, yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyuarakan isu pembangunan tersebut yang memerlukan perhatian segera daripada Kerajaan Persekutuan.

Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut mendedahkan status pembinaan Kolej Profesional MARA di Kapit akan dimulakan tahun ini.

Sebelum ini pelaksanaan projek itu tertangguh susulan urusan ambil alih tanah sejak diluluskan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diketuainya dan Timbalannya Datuk Rubiah Wang akan memantau rapat perkembangan projek pembangunan infrastruktur asas di Sarawak.

“Saya dan Datuk Rubiah Wang akan pantau projek ini selain beberapa perkara disebutkan tadi, termasuk Kolej Profesional MARA, pembinaannya akan dimulakan tahun ini juga,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan