Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Majlis Gawai Raya Peringkat Batang Lupar di Dataran Tandang Sari Daerah Pusa, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS).

Kerajaan Sarawak akan lakukan kajian potensi garam dan gula apong di Daerah Pusa

ByNazirah Adlina

PUSA, 3 Jun: Kerajaan Sarawak akan melakukan kajian bagi menghasilkan garam dan gula apong yang cukup berpotensi untuk dibangunkan di Daerah Pusa, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, kajian bagi menghasilkan garam dan gula apong akan dilakukan menerusi Lembaga Pembangunan Nipah dan Apong.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg. Foto: Zaim Zharfan (TVS).

“Ini untuk mempromosikan produk garam dan gula apong ke pasaran luar dan juga bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk.

“Garam apong adalah produk yang organik dan mempunyai nilai yang premium. Garam apong dan gula apong ini akan menambahkan nilai kepada industri ini selain produk yang berasaskan sawit,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap di Majlis Gawai Raya Peringkat Batang Lupar di Dataran Tandang Sari Daerah Pusa, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor, ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman serta Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abu Nawas.

Foto: Zaim Zharfan (TVS).

Menjelas lanjut, katanya, pusat pentadbiran di Daerah Pusa akan dirancakkan lagi bagi mempercepatkan program pembangunan di kawasan itu,

Beliau berkata, pusat pentadbiran itu akan dilengkapi dengan fasiliti teknologi telekomunikasi yang terkini.

“Pusa dah dinaik taraf sebagai Daerah. Dengan adanya jambatan perhubungan Pusa dengan masyarakat luar akan diperhebatkan. Tapi apabila Daerah mesti ada kompleks Pejabat Daerahnya. Jadi kita akan membangunkan pusat pentadbiran Daerah Pusa yang baharu,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata, Pusa kini berada dalam lingkungan hab yang baharu bagi kawasan Betong.

Katanya, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membina jalan pesisir yang dianggarkan memakan kos sebanyak RM50 juta .

“Pusa yang akan menghubungkan daerah baharu, pejabat baharu dengan pekan pusa dengan jalan yang lebih besar dan selesa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan