LONDON, 2 Jun: Penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tidak lama lagi akan menyediakan tahap untuk fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
UK menyertai blok perdagangan CPTPP 11 ahli, selepas dua tahun rundingan.
Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian – Fadillah
“Ini bakal membuka pintu bagi pertumbuhan yang lebih baik dan akses kepada pasaran baharu.
“Kami menantikan perjanjian perdagangan UK dengan Malaysia buat kali pertama. Kerenah birokrasi akan berkurangan apabila perniagaan boleh menikmati operasi secara sama rata dengan firma tempatan dan pengurangan tarif ke atas eksport produk serta menyediakan perniagaan dengan akses yang lebih luas kepada pasaran baharu,” katanya pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di sini.
Proses pensijilan MSPO sentiasa berkembang, bertambah baik – Fadillah
Dilaporkan bahawa pakatan perdagangan itu menawarkan akses kepada pengguna dan perniagaan Britain ke salah satu rantau perdagangan bebas terbesar menurut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang bernilai kira-kira US$13.5 trilion dan pasaran dengan 500 juta populasi.
Turut hadir ialah Menteri Negara Britain di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan Lord Dominic Johnson serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Zakri Jaafar.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata penghargaan yang tinggi harus diberikan kepada para menteri UK dan pasukan perunding mereka yang telah memberi komitmen kepada CPTPP dengan semangat terbuka dan tinggi.
Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian – Fadillah
Beliau berkata antara perkara utama perundingan ialah perjanjian untuk mengurangkan tarif import ke atas eksport minyak sawit Malaysia.
“Pengurangan tarif terhadap minyak sawit adalah elemen standard untuk negara-negara CPTPP dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa UK sebagai pulangan, telah memperoleh peruntukan akses pasaran yang signifikan.”
Perlu diingat bahawa UK adalah negara Eropah pertama dan satu-satunya yang mempunyai visi dan komitmen untuk menyertai CPTPP – perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia.
“Itu adalah kenyataan berani mengenai komitmen anda kepada Indo-Pasifik: rantau yang akan menentukan keselamatan global dan persaingan ekonomi pada abad ke-21,” tegas Fadillah.
Timbalan Perdana Menteri berkata selain meningkatkan perdagangan, CPTPP memacu agenda dasar yang lebih luas, iaitu menangani perubahan iklim secara praktikal, realistik dan mengurangkan kemiskinan dan menghapuskan kebuluran serta mengurus kemajuan teknologi yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menangani cabaran bersama mengenai keselamatan.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK mencecah lebih US$7.3 bilion pada 2022, dengan UK mencatatkan lebihan dagangan kira-kira US$786 juta.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkakan eksport minyak sawit meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada 16.3 juta tan bagi tahun 2023. – TVS