Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada kunjungan sempena Hari Gawai Dayak di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Ahmad Zahid, Abang Johari ‘ngabang’ Gawai ke kediaman Uggah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini melakukan kunjungan sempena Hari Gawai Dayak ke kediaman Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Kehadiran dua pemimpin berkenaan pada 8.15 malam itu dimeriahkan dengan persembahan alat muzik tradisional Iban dan persembahan nyanyian artis jemputan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada kunjungan sempena Hari Gawai. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Ahmad Zahid yang tiba di Pangkalan Udara Kuching pada 6.20 minit petang hari ini untuk lawatan kerja selama dua hari, turut dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di kediaman Premier Sarawak di Petra Jaya pada sebelah pagi.

Ketibaan beliau di Pangkalan Udara Kuching disambut Uggah, Julaihi dan Rubiah.

Ahmad Zahid seterusnya dijadual akan bertolak ke Sibu pada pagi esok dan akan meneruskan perjalanan ke Kapit bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 Parlimen P.215 Kapit di Dewan Suarah Kapit pada tengah hari.

Beliau akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking di sebelah petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan