Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang memotong kek pada majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 di BCCK, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: Bernama

Rumah Terbuka Gawai pemimpin Dayak Sarawak meriah

ByBernama

KUCHING, 1 Jun: Rumah Terbuka Gawai anjuran pemimpin Dayak Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan etnik.

Majlis yang bermula 10 pagi hingga 4 petang itu turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 di BCCK, hari ini. Foto: Bernama

Tetamu disajikan dengan pelbagai juadah serta persembahan yang mewakili etnik serta budaya masyarakat Bumi Kenyalang.

Majlis dianjurkan pemimpin-pemimpin Dayak Sarawak di peringkat Persekutuan dan negeri yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah. Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Semalam, dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak 2023, Abang Johari berkata kaum Dayak mempunyai aset besar dalam bentuk pemilikan tanah yang harus diberi keupayaan untuk menjana pendapatan menerusi pelbagai cara.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyokong usaha pembangunan di kawasan luar bandar.

Tradisi rumah terbuka perayaan platform eratkan perpaduan – Uggah

“Usaha ini melibatkan perbelanjaan besar, namun saya yakin dengan pendapatan negeri yang semakin bertambah ia dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa agensi pembangunan setempat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan