Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Majlis Rumah Terbuka Gawai di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto: Salasiah (TVS)

Pembangunan luar bandar diteruskan hingga tiada lagi jurang perbezaan – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 01 Jun: Pembangunan lebih holistik yang dibawa oleh Kerajaan Sarawak akan diteruskan sehingga tiada lagi jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jika dahulu rakyat di luar bandar perlu menggunakan enjin diesel untuk menjana elektrik, namun ia kini digantikan dengan Skim Alternatif Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES).

Pembangunan diteruskan sehingga tiada jurang

“Ini membayangkan bahawa pembangunan kita telah masuk ke luar bandar dan juga rumah panjang kita menerusi projek SARES yang membolehkan kuasa elektrik disalurkan 24 jam ke rumah-rumah panjang.

“Kalau dulu mereka guna enjin diesel, sekarang guna solar dan ini sudah tentu memeriahkan lagi perayaan Gawai tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 di sini, hari ini.

Mengenai kesesakan jalan raya di luar bandar terutamanya di Kapit semasa musim Gawai, beliau berkata ini menunjukkan pelaksanaan projek pembangunan seperti jalan raya telah dinikmati di luar bandar.

Majlis ini merupakan anjuran pemimpin-pemimpin Dayak Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Hadir sama, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan