Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad Linsa Empih Melin dijumpai di lokasi dua kilometer dari tempat kejadian. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Jasad mangsa bot karam di Sungai Mujung dijumpai pagi ini

KAPIT, 1 Jun: Mangsa perahu bot karam di Sungai Mujung berhampiran Jambatan Mujung dekat sini dijumpai pagi ini, lapor Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Bot karam di Kapit, seorang hilang dua selamat

Jasad Linsa Empih Melin, 17, dijumpai pada 10 pagi di lokasi dua kilometer dari tempat kejadian yang berlaku pada Selasa.

“Keluarga mangsa menghubungi pasukan penyelamat memaklumkan dan mengesahkan telah menjumpai jasad mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Perahu karam menjelang Gawai, seorang dikhuatiri lemas 13 selamat

Jasad mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Insiden bot karam itu turut membabitkan 13 mangsa lain yang selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan