Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bayi lelaki yang baharu lahir dijumpai seorang wanita ketika melalui Jalan Kamunting menuju ke Batu Kurau. Gambar hiasan: Envato.

Bayi lelaki ditinggal dalam kotak di hentian bas

ByTVS

TAIPING, 1 Jun: Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui dalam keadaan dihurung semut di Hentian Bas Taman Kota Wira, Kamunting di sini, semalam.

Bayi yang dilahirkan matang itu dijumpai oleh seorang wanita kira-kira 10 pagi ketika melalui Jalan Kamunting menuju ke Batu Kurau.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, wanita berkenaan sebelum itu telah memberhentikan keretanya di hentian bas untuk mengambil barang di dalam but kereta.

“Wanita tersebut terdengar tangisan sebelum menjumpai seorang bayi lelaki yang dibalut tuala berwarna coklat di dalam sebuah kotak.

“Bayi cukup sifat itu dihurung semut semasa ditemui,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Razlam menambah, bayi seberat 2.62 kilogram berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping di sini sebelum didapati mengalami masalah pernafasan yang laju.

“Justeru, dia memerlukan (prosedur) intubasi.

“Bayi berkenaan turut didapati mempunyai ciri-ciri kurang air dalam badan dan disyaki mengalami jangkitan,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan bagi mengetahui suspek yang membuang bayi berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan