Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan kenangan semasa 'ngabang' Gawai ke kediaman Datu Dr Lulie Melling di Kuching, hari ini. Foto: Yusuf Shukri

Abang Johari ‘ngabang’ Gawai ke rumah pengarah TROPI

ByYusuf Shukri

KUCHING, 1 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ‘ngabang’ (berkunjung) ke Rumah Terbuka Gawai Dayak Pengarah Institut Penyelidikan Tanah Gambut Sarawak (TROPI), Datu Dr Lulie Melling di sini, hari ini.

Beliau tiba pada 5 petang dan disambut mesra Lulie dan suaminya, James Chabu serta keluarga.

Antara hidangan tradisional yang dihidangkan di kediaman Datu Dr Lulie Melling. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Ini merupakan rumah keempat dikunjungi Abang Johari sempena perayaan Gawai Dayak 2023, hari ini.

Beliau juga diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman.

Antara hidangan yang disajikan adalah ‘pugang’ (nasi dimasak dalam buluh), manok pansuh (ayam dimasak dalam buluh), nasi beras Bario, kuih jala, daging masak hitam, daging kambing bakar, rojak buah dan bermacam-macam lagi.

Malam esok, Abang Johari dijadual berkunjung ke rumah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Difahamkan, beliau akan disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan