Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib. Foto: Astana Negeri Sarawak

Tun Taib seru masyarakat Dayak terus berpegang teguh dengan adat resam dan budaya

BySaibi Gi

KUCHING, 31 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru masyarakat Dayak berpegang teguh dengan adat resam dan budaya masing-masing agar identiti pelbagai kaum terus kekal menjadi warisan.

Menurutnya, sambutan Hari Gawai merupakan antara cara memelihara adat resam dan budaya masyarakat Dayak yang terdiri daripada Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Kekalkan perpaduan di Sarawak – TYT

“Kita di Sarawak yang terdiri daripada 27 etnik telah terbukti berjaya hidup dalam keadaan damai dan harmoni kerana wujudnya sikap toleransi dan hormat dengan kepelbagaian adat resam setiap kaum. 

“Inilah pusaka dan warisan yang harus kita pelihara dan pertahankan, iaitu perpaduan,” katanya menerusi perutusan sempena Hari Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun.

Tun Taib berkata lagi, perayaan ini juga pastinya akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan selain menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan yang ditempa pada tahun sebelumnya serta harapan untuk tahun baharu yang lebih baik. 

Rakyat Sarawak harus berasa bangga dengan keunikan adat resam dan kepelbagaian kepercayaan antara  kaum di Sarawak.

“Perpaduan antara kaum yang kita nikmati selama ini telah diiktiraf oleh Kerajaan Pusat dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Mei lalu yang telah mencemar duli merasmikan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Kuching,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana sentiasa berfikir ke hadapan bagi memastikan Sarawak terus maju menjelang 2030 melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Dengan adanya kepimpinan yang efektif dan inovatif ini, ia pasti akan terus memacukan kejayaan Bumi Kenyalang pada masa hadapan. 

“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar semua rakyat di Sarawak untuk terus berganding bahu bersama pucuk kepimpinan negeri dalam memastikan pembangunan mampan dapat dicapai selaras dengan moto Sarawak Maju Makmur,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan