Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Pan Borneo. Foto: Bernama.

Tiada keperluan sistem tol untuk Pan Borneo di Sabah – Arthur

ByTVS

KOTA KINABALU, 31 Mei: Tiada keperluan untuk mewujudkan sistem tol di Sabah, kata Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata, Jalan – Jalan Persekutuan di Sabah merupakan laluan utama yang menghubungkan antara daerah dan berbeza dengan Semenanjung yang menawarkan jalan raya alternatif.

“Di Semenanjung, pengguna boleh memilih lebuhraya bertol untuk lebih cepat sampai ke destinasi atau laluan alternatif yang tidak bertol yang mungkin lebih jauh jaraknya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup. Foto: Datuk Arthur Joseph Kurup (FB).

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Kerja Raya sebelum ini turut berkata, wakil rakyat di Sabah perlu memahami bahawa penggunaan sistem tol sangat tidak sesuai di negeri itu.

“Di Sabah kita tidak ada alternatif, ini perlu ditekankan dan difahami oleh Yang Berhormat yang mencadangkan mewujudkan tol di Sabah tidak wajar untuk kita memaksa penguna jalan raya Sabah membayar tol tanpa sediakan laluan alternatif,” katanya.

Tambahnya lagi, jaminan turut diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak bahawa Lebuhraya Pan Borneo bebas tol.

Jelasnya, ia merupakan satu keistimewaan untuk orang Sabah yang harus dikekalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu katanya, keistimewaan ini penting dalam meningkat lagi ekonomi dan sosial rakyat Sabah.

“Selain memudahkan pergerakan antara daerah ia juga akan membantu melancarkan urusan logistik bagi pembangunan, memudahkan transaksi perniagaan yang pastinya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rakyat dan saya percaya rakyat mahu keistimewaan lebuhraya tanpa tol dikekalkan.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone Kurum telah mencadangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk mewujudkan sistem tol di Sabah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan