Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meninjau kemudahan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong selepas menyempurnakan pembukaan semula pusat berkenaan di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Sarawak komited realisasikan impian sebagai kuasa besar sukan – Abdul Karim

KUCHING, 31 Mei: Sarawak komited dalam usahanya untuk menjadi kuasa besar sukan di negara ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, persiapan dari aspek pembangunan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa memainkan peranan penting dalam melahirkan atlet yang cemerlang.

Ia termasuk persiapan Sarawak dalam menghadapi cabaran kejohanan peringkat nasional selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Cadangan kita bukan sahaja pembinaan Pusat Akuatik Pandelela Rinong dalam melahirkan atlet tetapi pelbagai fasiliti sukan yang lain.

“Ada yang dalam perancangan, malah ada yang hampir siap seperti Perkampungan Sukan Sarawak, padang ragbi dan kriket sedang dalam pembinaan,” katanya selepas menyempurnakan pembukaan semula Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, hari ini.

Menurutnya, antara lain termasuk Dewan Wushu yang baharu sahaja dilakukan majlis pecah tanah baru-baru ini.

Jelasnya, pembangunan kemudahan sukan tidak hanya tertumpu di Kuching tetapi di kawasan lain.

“Kita tidak mahu anak-anak kita membangun tetapi tidak sihat kerana sukan baik untuk kesihatan badan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan