Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: TVS

Sarawak catat pendapatan RM5 bilion suku pertama 2023 – Abang Johari

ByBernama

KUCHING, 31 Mei: Sarawak mencatatkan pendapatan berjumlah RM5 bilion bagi suku pertama tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata suasana politik Sarawak yang stabil dengan rakyat bersatu membolehkan kerajaan negeri mencapai jumlah pendapatan itu dan memberi tumpuan terhadap usaha mempertingkatkan lagi ekonomi negeri.

Abang Johari juga yakin masa hadapan generasi muda Sarawak akan lebih cerah dengan program pembangunan ‘ekonomi baharu’ berasaskan teknologi, data dan inovasi.

“Umpamanya, Sarawak sudah mempunyai sedikit keupayaan menghasilkan gas hidrogen yang digunakan beberapa buah bas dan kenderaan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen.

“Di samping itu, Sarawak juga terbukti berupaya mengeluarkan minyak bersifat hijau bagi keperluan industri penerbangan daripada alga atau lumut,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak 2023.

Pada tahun lepas, pendapatan Sarawak meningkat kepada RM12 bilion berbanding RM7.62 bilion pada 2021.

Abang Johari berkata sempena musim perayaan ini beliau berharap agar mereka yang meraikan dapat berbelanja secara berhemah.

“Pendapatan daripada gaji atau hasil yang lumayan daripada aktiviti pertanian juga boleh disimpan untuk tujuan jangka panjang seperti pelaburan di saham-saham amanah yang dijamin kerajaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan