Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan pembukaan kolam awam Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Rakyatkan kemudahan sukan, bukan tempat anjur pertandingan sahaja – Abdul Karim

KUCHING, 31 Mei: Semua fasiliti sukan yang dikawal selia Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) perlu dibuka untuk kegunaan orang ramai agar kemudahan itu tidak hanya digunakan ketika penganjuran pertandingan semata-mata.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia membolehkan orang ramai memanfaatkan kemudahan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Dalam masa sama katanya, langkah itu sekali gus mengelak prasarana sukan menjadi ‘gajah putih’.

“Bukan sahaja Pusat Akuatik Pandelela Rinong dirakyatkan tetapi saya mahu kemudahan sukan lain di bawah pengawasan SSC. Supaya rakyat boleh berdamping dengan fasiliti ini tetapi dengan kaedah yang tertentu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kolam awam di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan telah berbelanja besar membangunkan fasiliti sukan namun hanya digunakan sebagai tempat pertandingan dan bukan untuk kegunaan awam.

“Banyak saya melihat kemudahan kita bina hanya digunakan untuk pertandingan, rakyat yang datang untuk berlari dalam trek pun tidak dapat.

“Tidak ada gunanya kita berbelanja beratus juta ringgit tetapi ia (fasiliti) hanya digunakan untuk pertandingan,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan