Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan sumbangan kepada penerima MRP di Bintangor pada Selasa. Foto: TVS

Peruntukan MRP RM471,000 bagi NGO Meradong laksana aktiviti kemasyarakatan

BINTANGOR, 31 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang keseluruhannya berjumlah RM471,000 kepada 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasannya.

Beliau berkata, peruntukan yang disalurkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui wakil rakyat adalah untuk membantu pelaksanaan aktiviti semua pertubuhan NGO bagi memainkan peranan yang penting dalam komuniti di Meradong.

“NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam komuniti di Meradong. Saya gembira kerana semua NGO seperti Chinese Chamber of Commerce, Persatuan Foochow, Persatuan Bola Keranjang dan Persatuan Ping Pong sangat proaktif dalam menganjurkan banyak aktiviti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan MRP kepada NGO di Bintangor pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua penerima agar memanfaatkan sumbangan yang diberikan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

“Mereka sentiasa tampil untuk membantu dalam menganjurkan aktiviti seperti Pesta Bintangor dan banyak lagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada semua NGO yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam penganjuran aktiviti kemasyarakatan di daerah berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan