Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengurus projek berputih mata apabila rugi hampir RM400,000 ditipu sindiket Phone Scam.Foto: Envato

Jatuh cinta dalam talian membawa kerugian RM1.5 juta

ByAmirah Shawel

KUCHING, 31 Mei: Seorang pengarah syarikat hartanah kerugian RM1.5 juta setelah berkenalan dan dilamun cinta dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai warganegara Singapura.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya menerima laporan polis semalam, berhubung wanita berumur 66 tahun itu terperangkap dalam pelaburan tidak wujud.

“Mangsa memberitahu sebelum ini pada awal April 2023 telah berkenalan melalui Facebook dengan seorang lelaki warganegara Singapura yang bekerja di Hong Kong. 

“Setelah berkenalan lebih kurang seminggu, menggunakan mesej melalui aplikasi WhatsApp, mangsa telah dilamun cinta dengan kenalannya itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kenalannya itu mengajak mangsa untuk menyertainya dalam satu pelaburan perniagaan di TikTok. 

Susulan itu, mangsa berminat menyertai pelaburan berkenaan kerana dijanjikan pulangan yang tinggi sebanyak sembilan peratus daripada jumlah pelaburan. 

“Mangsa yang bersetuju dan kemudian diminta untuk memindahkan wang bagi memulakan perniagaan tersebut,” ujarnya.

Dalam tempoh 14 April sehingga 29 Mei, mangsa membuat 185 transaksi pembayaran ke 21 akaun bank dengan jumlah keseluruhan pembayaran RM1.5 juta. 

“Mangsa tidak pernah mendapat keuntungan hasil pelaburan tersebut. Mangsa sedar dirinya ditipu setelah suspek masih lagi meminta wang darinya,” ujarnya. 

Azman berkata lagi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak sejak 1 Januari hingga 30 Mei 2023, sebanyak 93 kes dicatatkan berbanding tempoh sama pada 2022 sebanyak 74 kes iaitu peningkatan sebanyak 19 kes.

Menurutnya, kerugian jenayah komersil bagi tempoh tersebut adalah RM8.2 juta bagi 2023, manakala bagi tempoh sama pada 2022, adalah RM2.8 juta iaitu peningkatan RM5.4 juta. 

“Usaha berterusan JSJK Sarawak bagi membendung kes penipuan pelaburan tidak wujud di negeri ini telah menghasilkan 25 tangkapan bagi 2023, manakala bagi tempoh sama pada 2022 adalah sebanyak 15 tangkapan. 

“Sebanyak 37 kertas siasatan telah dituduh bagi 2023, manakala bagi tempoh sama pada 2022 adalah sebanyak enam kertas siasatan telah dituduh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan