Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Abang Johari mahu masyarakat Dayak jadikan Gawai sebagai titik penyatuan

BySafri Ali

KUCHING, 31 Mei: Gawai Dayak yang merupakan identiti kaum Dayak di Sarawak seharusnya menjadi satu titik penyatuan kaum Dayak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kaum Dayak harus bersatu dalam usaha untuk mengejar pembangunan dalam pelbagai bidang seiring dengan kaum-kaum lain di negeri ini.

Politik stabil, perkukuh ekonomi Sarawak

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab saya tidak ingin melihat mana-mana kaum di negeri ini ketinggalan dari segi mengejar pembangunan.

“Saya yakin dengan usaha gigih dan sikap yang betul kaum Dayak juga boleh maju seperti mereka yang sudah maju,” katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai 2013.

Abang Johari berharap musim perayaan ini, suasana yang riang ria boleh menjadi wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan iltizam kaum Dayak ke arah penglibatan yang lebih aktif dalam proses pembangunan negeri ini.

“Saya ingin mengulangi kenyataan bahawa kaum Dayak mempunyai aset yang besar dalam bentuk pemilikan tanah yang harus diberi keupayaan untuk menjana pendapatan melalui pelbagai cara.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk menyokong usaha pembangunan di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Beliau juga yakin masa hadapan generasi muda akan lebih cerah dengan program pembangunan ekonomi yang akan membawa ekonomi Sarawak ke suatu tahap yang tinggi ke arah pembangunan ‘ekonomi baharu’ berasaskan teknologi, data dan inovasi.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata dalam ucapan beliau bahawa Sarawak agak mendahului negeri-negeri lain atau Kerajaan Persekutuan dalam usaha meneroka ekonomi yang berteraskan kelestarian sumber.

“Umpamanya, Sarawak sudah mempunyai sedikit keupayaan untuk menghasilkan gas hidrogen yang digunakan beberapa buah bas dan kenderaan yang dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen.

“Di samping itu, Sarawak baru-baru ini juga terbukti berupaya mengeluarkan minyak bersifat hijau bagi keperluan industri penerbangan daripada alga, atau lumut, yang telah digunakan oleh pesawat Airbus untuk pertama kalinya bagi penerbangan dari Kuching ke Langkawi,” katanya.

Katanya, mungkin sukar untuk dipercayai umum bahawa lumut boleh mengeluarkan minyak, namun dengan penglibatan syarikat- syarikat besar dari Jepun di samping penglibatan Petronas, syarikat Airbus dan Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) dengan rakan kongsi dari Sarawak, tidak syak lagi bahawa alga membawa harapan yang begitu besar untuk ekonomi Sarawak yang mampan pada masa hadapan.

“Negeri kita amat bernasib baik kerana mempunyai suasana politik yang agak stabil dan rakyat yang bersatu padu walaupun berbilang bangsa dan agama. Suasana ini telah membolehkan kerajaan GPS pimpinan saya untuk memberi tumpuan penuh kepada usaha meningkatkan ekonomi negeri ini.

“Pada tahun lepas pendapatan Sarawak meningkat kepada RM12 bilion berbanding RM7.62 bilion pada 2021 dan dalam suku pertama 2023 Sarawak telah memungut RM5.004 bilion hasil pendapatan negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan