SARIKEI, 30 Mei: Semua penghuni Rumah Panjang Selunsin, Sungai Maram, Jalan Beratok Pakan di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas rumah panjang mereka terbakar pagi tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, rumah panjang dua tingkat dan mempunyai 15 buah pintu itu terbakar sebanyak 80 peratus.
“Ruangan hadapan (ruai dan bilik tidur tingkat atas) terbakar 100 peratus manakala bahagian belakang (ruang tengah dan dapur) berjaya diselamatkan,” jelas kenyataan itu.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dan BBP Sarikei memadam kebakaran dengan sumber air terbuka dari kolam berhampiran rumah panjang tersebut.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11:35 pagi.
Kerja-kerja overhaul masih dijalankan di lokasi kejadian. – TVS