Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stor SMK Limbang yang terbakar hari ini. Foto: BBP Limbang

Stor SMK Limbang ranap dalam kebakaran

LIMBANG, 30 Mei: Sebuah stor menyimpan meja lama dan perkakas gim di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang di sini terbakar pada Selasa.

Menurut info Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 12.54 tengah hari tadi.

Stor SMK Limbang yang terbakar hari ini. Foto: BBP Limbang

“Seramai 11 anggota dengan tiga kenderaan dari BBP Limbang dikejarkan ke tempat kejadian,” kata kenyataan itu.

Difahamkan kebakaran membabitkan stor menyimpan meja lama dan perkakas gim di tapak pembinaan sekolah itu yang ranap 90 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.40 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan