Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim ketika berucap di Majlis Penghargaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N. 15 Asajaya. Foto: TVS

Pusat Pentadbiran dipindah hampir Kampung Sungai Mata, ubah wajah Asajaya

KUCHING, 30 Mei: Pemindahan Pusat Pentadbiran berdekatan Kampung Sungai Mata diyakini akan merubah wajah kawasan Asajaya dalam tempoh lima tahun mendatang, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu optimis projek pembangunan yang dilaksanakan pihaknya kini akan menjayakan hasrat sedemikian.

Menurutnya pelbagai projek pembangunan telah dibangunkan menerusi Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Majlis Perbandaran dan beberapa lagi agensi berkaitan untuk penduduk kawasan itu.

“Kita seharusnya rasa bertuah dan bersyukur kerana Asajaya kini dalam kawasan membangun.

“Malah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini bertukar dari DUN Satok ke Gedong yang merupakan sebahagian dari Asajaya.

“Selain itu projek projek Transit Aliran Autonomi (ART) kini sedang rancak dijalankan dari Kampung Rembus ke Gedong, ke Asajaya dan ke Kuching” katanya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata demikian pada Majlis Penghargaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N. 15 Asajaya di sini pada Selasa.

Turut hadir Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat, Temenggong Masyarakat Melayu bahagian Samarahan Temenggong Chek Bujang dan Temenggong Masyarakat Cina bahagian Samarahan Temenggong Liew Shark Sen.

Pada masa sama, beliau menegaskan skim pembesaran kampung memberi banyak manafaat kepada penduduk kampung di Asajaya tidak mengira kaum.

“Kerajaan akan memberikan pampasan kepada kepada semua tidak kira Melayu, Cina, Dayak dan skim ini akan mewujudkan perkampungan baharu dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut mahu belia di Asajaya melanjutkan pelajaran ke peringkati universiti dan pulang berbakti ke dalam negeri ini sambil memetik contoh Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi yang berasal dari Kampung Sambir dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Jafri Lias dari Kampung Moyan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan