Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap ketika menghadiri sesi town hall bersama pemegang taruh agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Isnin. Foto: Fahmi Fadzil (FB).

Pindaan Akta Finas 1981, kebajikan pekerja perfileman keutamaan KKD – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 dan isu kebajikan pekerja dalam bidang perfileman menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada masa ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pindaan Akta Finas 1981 masih dalam penelitian pihak KKD sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.

“Ini (pindaan) sedang dalam penelitian KKD sebelum dibawa kepada saya dan kemudiannya akan dibawa ke Jemaah Menteri… saya jangka tidak terlalu lama dari sekarang dan kita akan masukkan dalam giliran untuk dibawa ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat umum Industri Kreatif (Industri Filem) di sini malam tadi.

Mengenai penjualan filem cetak rompak di platform e-dagang, Fahmi berkata, perkara itu akan dirujuk kepada platform yang terlibat untuk tindakan lanjut.

“Saya dapat aduan secara lisan daripada penerbit atau pembikin filem yang mendakwa filem mereka dicetak rompak dan dijual pada kadar yang sangat rendah di beberapa platform e-dagang.

Esok saya akan hubungi platform tersebut untuk dapatkan kepastian dan jika ya ini berlaku saya akan minta pihak tersebut ambil tindakan serta merta dan jika tidak kita akan lihat peruntukan undang-undang sedia ada untuk tindakan susulan,” katanya.

Pada sesi yang berlangsung lebih tiga jam itu, antara perkara yang dibangkitkan dalam kalangan pemain industri berkaitan cukai hiburan, Dana Kandungan Digital, pindaan Akta Finas 1981, gaji minimum pekerja perfileman dan Skim Wajib Tayang.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya berkata, kementerian ketika ini sedang meneliti perkara yang boleh dilakukan untuk meminda Akta Finas 1981.

Beliau juga berkata, Finas juga telah diminta untuk melihat semula Skim Wajib Tayang dalam usaha menambah baik skim itu sekali gus bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan