Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismai dan ADUN Batu Danau Paulus Gumbang mengingatkan orang ramai untuk tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika 'ngabang'. Foto: TVS

Peka cuaca panas, jaga keselamatan ketika ‘ngabang’ – Dr Abdul Rahman

ByMuqri Aziz

LIMBANG, 30 Mei: Rakyat negeri ini terutama mereka yang meraikan Hari Gawai Dayak diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mengabaikan aspek keselamatan sepanjang sambutan iaitu bermula lusa, 1 Jun.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail turut menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan tanda-tanda awal strok haba ekoran ketika ini keadaan cuaca panas yang agak melampau.

“Saya menasihatkan kepada semua supaya jaga keselamatan dan jangan kita terlalu ghairah dalam menyambut perayaan sehingga kita lupa kepada aspek keselamatan dan terutama juga pada masa ini strok haba yang sedang melanda di negara kita.

“Minum air banyak-banyak dan saya berharap supaya masyarakat juga melihat keselamatan dari segi takut ada kebakaran waktu panas ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Kembara Konvoi Sarawak Merdeka di Dewan Suarah Limbang pada Isnin.

Sementara itu, ADUN Batu Danau, Paulus Gumbang juga menyeru dalam keseronokan menyambut Hari Gawai, masyarakat Dayak khususnya di kawasan Batu Danau sentiasa mengutamakan keselamatan masing-masing lebih-lebih lagi ketika aktiviti ‘ngabang’ (berkunjung).

“Dalam kita merayakan Gawai pada tahun ini, saya berharap mereka akan merayakannya dengan dalam keadaan suasana yang meriah tetapi jagalah keselamatan masing-masing dan itulah adalah yang paling penting sekali,” ujarnya.

Sambutan Hari Gawai Dayak disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah dan masa untuk merancang musim penanaman yang baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan