Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton pada sesi persidangan pemain industri dan pengeksport sarang burung walit Malaysia bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) pada Selasa. Foto: TVS

Patuh piawaian untuk selesai isu industri eksport sarang burung walit

KUCHING, 30 Mei: Isu berhubung eksport sarang burung walit yang hangat diperkatakan diketengahkan pemain industri bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu sesi persidangan bagi menyelesaikan permasalahan produk komoditi tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata sesi persidangan yang dihadiri oleh 10 persatuan berkaitan itu bertujuan untuk mengenal pasti penyelesaian terbaik agar pengusaha sarang burung di Sarawak menepati piawaian yang ditetapkan.

 

Presiden Persekutuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Allen Tan Swee Meng pada sesi persidangan pemain industri dan pengeksport sarang burung walit Malaysia bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) pada hari ini. Foto: TVS

“Kita menerangkan bagaimana untuk menghalalkan perniagaan sarang burung walit ini supaya para pengusaha memahami akan piawaian yang perlu dipatuhi.

“Setakat ini kita menerima reaksi yang positif walaupun ada beberapa soalan yang perlu diajukan kepada pihak atasan kerana SFC hanyalah agensi yang mengeluarkan polisi dan pihak atasan yang mengeluarkan undang-undang. Kita takut apabila terlampau banyak sumber haram, industri sarang burung walit ini akan terjejas sehingga ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi persidangan pemain industri dan pengeksport sarang burung walit Malaysia bersama SFC pada Selasa.

Tambah beliau, hasil perbincangan turut mencadangkan agar pengusaha sarang burung untuk terus mengikut arahan yang sewajarnya bagi mengelak masalah yang tidak diingini timbul sewaktu proses permohonan lesen.

“Kita menasihatkan mereka untuk sukarela berpindah daripada lokasi yang tidak dibenarkan dan memohon lesen dengan SFC.

“Selepas memohon lesen, kami akan nilai dan setelah memenuhi kriteria akan diajukan kepada State Planning Authority (SPA) untuk diluluskan. Selepas diluluskan, SFC akan mengeluarkan lesen,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Allen Tan Swee Meng berharap pengusaha-pengusaha sarang burung walit menyertai mana-mana persatuan bagi memudahkan komunikasi antara agensi dan pengusaha terbabit.

“Saya berharap pengusaha-pengusaha sarang burung walit untuk menyertai sebagai ahli persatuan, kerana mudah untuk kita sampaikan maklumat melalui dialog dan sebagainya,” katanya

Jelasnya, perusahaan sarang burut walit berpotensi menjadi komoditi utama negara yang dapat dijadikan sebagai makanan tambahan dan memberi peluang pekerjaan serta menjadi eksport terutamanya ke negara China.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan