Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terbang pulang pada tambang tetap RM346 ke Sarawak dan RM352 ke Sabah sehala termasuk semua cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20kg. Gambar hiasan: AirAsia.

AirAsia tawar tambang tetap, raikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

ByElani Rosllan

KUCHING, 30 Mei: Sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, AirAsia menawarkan penerbangan dengan tambang tetap pada tarikh antara 27 dan 31 Mei 2023.

AirAsia dalam kenyataan medianya berkata, ini adalah bagi menyokong inisiatif Kementerian Pengangkutan bagi menawarkan penerbangan pada tambang tetap sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini.

Promosi harga ini tersedia untuk tempahan tiket sehala bermula 20 hingga 31 Mei 2023.

Bagi laluan Semenanjung ke Sabah, tempoh perjalanan adalah antara 27 dan 29 Mei 2023 pada harga RM352 sehala manakala bagi laluan Semenanjung ke Sarawak adalah antara 29 dan 31 Mei 2023 dengan harga RM346 sehala.

Terbang pulang pada tambang tetap RM346 ke Sarawak dan RM352 ke Sabah sehala termasuk semua cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20kg. Foto: AirAsia.

Semua tambang penerbangan termasuk cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20kg yang tertera ‘bagasi percuma’ untuk dipilih semasa membuat tempahan.

“Sebagai syarikat penerbangan yang telah memastikan ketersediaan tambang tetap secara konsisten semasa beberapa musim perayaan lalu, kami berbesar hati untuk menyokong inisiatif ini sekali lagi, melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Selain menyokong inisiatif ini, kami juga akan menambah penerbangan komersial tambahan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sibu untuk menambah kapasiti bagi kedua-dua destinasi tersebut dalam tempoh perayaan ini. Syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X yang mengendalikan pesawat berbadan lebar yang lebih besar juga akan mengendalikan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk memastikan tambahan kapasiti tersedia bagi memenuhi peningkatan permintaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan