Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah bersama 16 pemimpin anjur Majlis Rumah Terbuka Gawai pada 1 Jun

ByDayu Adruce

KUCHING, 29 Mei: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama 16 pemimpin Dayak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menerusi kenyataan, hari ini, Uggah berkata, majlis berkenaan akan bermula 10 pagi hingga 4 petang pada 1 Jun.

Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijadual akan menghadiri majlis berkenaan pada 11.30 pagi.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menghadiri dan memeriahkan majlis rumah terbuka itu nanti.

Sementara itu ujarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka hadir bagi menyerikan Majlis Makan Malam Gawai Negeri Sarawak yang akan diadakan di BCCK pada 7 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan