Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Takut dimarahi keluarga, lelaki ditahan buat laporan palsu disamun

ByDayu Adruce

KUCHING, 29 Mei: Seorang lelaki ditahan polis kerana didapati membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun empat lelaki pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Merbin Lisa berkata, suspek berumur 21 tahun mendakwa dirinya turut diikat dan dibawa sehingga ke Serian disamping motosikal miliknya turut dilarikan bersama barang berharga.

“Hasil siasatan mendapati suspek hanya mereka-reka cerita kerana takut dimarahi oleh ahli keluarga berkaitan penggunaan motosikal milik bapanya. Satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lelaki berkenaan membuat laporan polis palsu pada 2.30 pagi, Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Merbin memberitahu, sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2023 sebanyak 10 laporan polis palsu telah diterima kononnya menjadi mangsa samun ragut.

Menurutnya,semua suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuching.

Sehubungan itu tegasnya, pihak polis ingin mengingatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu sehingga memberi gambaran negatif berlakunya kejadian jenayah di Daerah Kuching.

Jelasnya, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas individu berkenaan sehingga kemuka pengadilan atas kesalahan jenayah tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan