Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman melepas peserta konvoi berangkat ke Miri. Foto: TVS

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka semarak semangat patriotisme

LIMBANG, 29 Mei: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang menjelajah semua bahagian di Bumi Kenyalang amat signifikan buat warga Sarawak kerana dapat menyaksikan pelbagai pembangunan yang dikecapi di negeri ini sejak 60 tahun Sarawak merdeka.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Gerald Rentap Jabu berkata, pada masa sama konvoi ini dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam kalangan rakyat sarawak itu sendiri.

Jelasnya, 16 September 1963 merupakan detik bersejarah yang perlu diingati rakyat Sarawak apabila negeri ini membentuk Malaysia dan merdeka daripada jajahan komunis.

Katanya, segala nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi hari ini adalah bertitik tolak daripada perjuangan pemimpin terdahulu yang perlu dihargai generasi hari ini.

“Konvoi ini bertujuan untuk melihat kepada pembangunan dan juga menyemarakkan semangat kemerdekaan kita untuk Sarawak. Ini penting pada 22 Julai, 60 tahun lepas Sarawak telah merdeka daripada jajahan British dan membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

“Ini perlu diberi perhatian yang lebih terutamanya kepada generasi muda kerana apa yang kita dikecapi pada hari ini memang daripada hasil titik peluh perjuangan pemimpin-pemimpin kita, rakyat kita dari dulu lagi,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Konvoi 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Gerald berkata, konvoi tersebut bergerak dari bahagian Limbang dan akan merentasi bahagian-bahagian lain iaitu Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan sebelum menamatkan jelajah di Bahagian Kuching sebagai lokasi terakhir pada 22 Julai depan.

Lebih menarik katanya, peserta konvoi yang berlepas dari Lawas ke Limbang akan melalui pengalaman manis melalui jambatan terpanjang Asia Tenggara Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien di Daerah Temburong Negara Brunei Darussalam sebelum tiba di Miri.

“Kita di Limbang pada hari ini akan meneruskan perjalanan melalui Brunei ke Miri dan di Miri kita akan mengadakan upacara penyerahan bendera daripada tuan residen kita khususnya Limbang kepada Residen Miri dan konvoi ini akan berhenti sementara untuk perayaan Gawai.

“Selepas itu kita memang ada aktiviti di bahagian masing-masing dan di bahagian Miri, Premier Sarawak akan bersama konvoi menaiki motosikal dari Miri ke Bintulu dan dari Bintulu konvoi ini akan terus ke Mukah,” katanya.

Konvoi disertai peserta tetap melibatkan pihak MYSED, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pasukan mekanikal dari Jabatan Kerja Raya.

Manakala peserta bahagian pula adalah dari agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi swasta, persatuan, pasukan beruniform, persatuan motosikal dan juga persatuan permotoran.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan