Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol. Foto: TVS

Kemunculan ‘wartawan bebas’ di media sosial ada pro dan kontra – Abdullah

ByNazirah Adlina

KUCHING, 29 Mei: Kemunculan ‘wartawan bebas’ dalam kalangan netizen yang gemar membuat hantaran di media sosial ada kebaikan dan kebimbangan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, mereka tidak terikat dengan etika kewartawanan yang memerlukan sebarang bentuk maklumat diterima mesti mendapat pengesahan dari segi ketepatan fakta dan sebagainya.

Wartawan tidak bertauliah dikhuatiri cetus kebimbangan masyarakat

“Jika mereka melaporkan sesuatu yang tidak sahih atau kurang tepat, kadang-kadang cerita yang mereka kongsikan boleh menimbulkan keresahan dan kecurigaan dalam kalangan masyarakat,” katanya berucap pada Majlis Jamuan Teh Sempena Hari Wartawan Nasional 2023 Sarawak di sini, hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan tetamu kehormat pada majlis itu. Hadir sama Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengerusi Sarawak Media Group Dato Norhyati Ismail.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati daripada Datuk Abdullah Saidol pada Majlis Jamuan Teh Sempena Hari Wartawan Nasional 2023 Sarawak di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Fazzrudin Abdul Rahman dan Datu Hii Chang Kee dan Dato Norhyati Ismail. Foto: TVS

Abdullah berkata lagi, jika dilihat dari aspek positif, perkongsian mereka menerusi media sosial akan mendapat perhatian wakil rakyat atau agensi berkaitan.

Contohnya, kemudahan awam yang rosak atau terjejas akan diberi perhatian dan tindakan segera.

Justeru, beliau menyarankan warga media Sarawak memberi persepsi yang jelas, sahih dan dapat menggambarkan dengan telus berhubung usaha kerajaan Sarawak kepada masyarakat.

“Antara peranan warga media yang sejak sekian lama tidak dapat dinafikan ialah mereka adalah ejen penting yang bukan sahaja menyebar maklumat atau berita tetapi juga berperanan merapatkan persefahaman antara masyarakat awam dgn pengurusan kerajaan sama ada wakil rakyat atau agensi kerajaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan