Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunter Perkeso di Pasar Tamu Bintangor dapat respon baik daripada penduduk setempat. Foto: TVS

Kaunter bergerak Perkeso di Pasar Tamu Bintangor dapat sambutan

BINTANGOR, 29 Mei: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengambil pendekatan turun padang dalam memberi kemudahan kepada orang ramai melalui pembukaan kaunter di pasar tamu di sini, sejak Khamis.

Kaunter itu bukan sahaja mendekatkan Perkeso dengan orang ramai tetapi juga memudahkan urusan mereka dengan agensi berkenaan.

Datuk Ding Kuong Hiing meninjau kaunter Perkeso bergerak di Pasar Tamu Bintangor, pada Jumaat. Foto: TVS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, usaha itu mendapat sambutan positif dalam kalangan penduduk Meradong.

“Saya difahamkan, kaunter yang dibuka selama dua hari ini mendapat respon yang begitu baik daripada penduduk. Ini satu usaha yang baik dan wajar diteruskan,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke kaunter itu, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Kuong Hiing berkata, inisiatif pembukaan kaunter tersebut wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Antaranya, penduduk boleh mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa Disember 2022 dan diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Skim itu ujarnya, bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga

“Satu pengiktirafan kepada suri rumah berikutan pembabitan mereka dalam ‘Care Economy’ serta pembangunan institusi keluarga.

“Pelaksanaan SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) itu menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus bagi wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan