Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pecah Tanah Hypermarket Lepapa dan Hotel Roxy di Lawas, semalam. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Infrastruktur lengkap berpotensi tarik pelabur, naik taraf sosioekonomi penduduk – Abang Johari

ByMuqri Aziz

LAWAS, 29 Mei: Infrastruktur asas yang lengkap dan sempurna berperanan menarik kemasukan pelabur.

Justeru, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak komited dalam menyediakan kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih serta telekomunikasi.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd Lee Chin Teck menyerahkan cenderahati kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pecah Tanah Lepapa Hypermarket dan Hotel Roxy di Lawas pada Ahad. Foto: Muqri Aziz (TVS)
Bekalan perkhidmatan asas penting, tarik minat pelabur.

Menurutnya, kemudahan yang lengkap juga merupakan pemangkin dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.

“Sebagai contoh, jika tidak tidak disediakan bekalan elektrik, siapa yang mahu datang? Begitu juga dengan jalan raya mesti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

“Jadi inilah bekalan perkhidmatan asas yang kita laksanakan dan kerajaan akan bertanggungjawab (dalam menguruskan perkhidmatan asas) dan yang lain itu adalah (dibiayai oleh) pihak swasta,” beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Hypermarket Lepapa dan Hotel Roxy di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Pecah Tanah Hypermarket Lepapa dan Hotel Roxy di Lawas. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Abang Johari berkata lagi, sejajar dengan itu, penubuhan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) adalah bertujuan untuk membangunkan infrastruktur di kawasan utara Sarawak.

“Kita tahu bahawa kita telah menubuhkan NRDA dengan tumpuannya ialah kepada pembangunan infrastruktur maknanya dari sudut jalan raya, bekalan api, bekalan air dan Internet.

“Ini adalah perkara penting. Pelabur tidak akan datang kalau ini tidak ditingkatkan di tahap standard yang dikehendaki oleh sektor swasta sebab itu apa yang kerajaan perlu laksanakan menaik taraf infrastruktur,” katanya.

Mengenai pembinaan Hypermarket Lepapa, ia akan dilengkapi dengan pusat boling dan medan selera.

Manakala Hotel Roxy, ia bakal dilengkapi dengan Dewan Jamuan yang memuatkan 100 meja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan