Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick ketika berucap merasmikan kampus INSKEN cawangan Sabah hari ini. Foto: TVS

Faktor geografi punca usahawan di Sabah dan Sarawak kurang – Ewon

PENAMPANG, 29 Mei: Faktor geografi punca utama kurangnya usahawan di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.

Beluau berkata, kementeriannya menerusi agensi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sentiasa bersedia untuk membantu usahawan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

“Peranan INSKEN amat besar dalam memajukan ekosistem keusahawanan di Malaysia  dan pembukaan kampus INSKEN di Sabah adalah bertepatan dengan hasrat murni kita untuk terus membantu usahawan setempat,” katanya ketika berucap merasmikan  kampus INSKEN Cawangan Sabah hari ini.

Beliau berkata, INSKEN turut menyediakan pelbagai program bimbingan untuk usahawan bagi memastikan mereka dapat membina perniagaan yang lebih baik.

“Pelbagai program disediakan seperti Bumiputera Business Coaching (IBCC), INSKEN Start-up coaching, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Produk Bimbingan Keuntungan Menu,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, INSKEN berjaya melatih seramai 21,385 usahawan di seluruh negara  sekali gus melepasi sasaran iatu seramai 13,390 usahawan.

“Usahawan yang berasal dari Sabah dan Sarawak perlu mengambil peluang mengikuti program yang disediakan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam keusahawanan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Ewon turut merasmikan cawangan kampus INSKEN pertama di Malaysia yang bertempat di daerah penampang, Sabah.

INSKEN ialah Institut Keusahawanan Negara yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan