Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”. Foto: FB Istana Negara

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

ByBernama

IPOH, 29 Mei: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lepas hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Sambutan kali ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan