Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada delegasi ADAM Digital Assets Sdn Bhd, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada delegasi ADAM Digital Assets Sdn Bhd hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

ADAM Digital Assets tubuh fasiliti panel solar, tawar peluang pekerjaan di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Mei: ADAM Digital Assets Sdn Bhd akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang akan membangunkan satu fasiliti pembuatan panel solar secara menyeluruh yang dibuat daripada bahan mentah sehingga ke proses akhir penyiapannya.

Pengerusinya, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, penubuhan fasiliti itu nanti bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Sarawak.

Fasiliti pembuat panel solar bakal ditubuhkan di Sarawak

“Fasa pertama dan kedua boleh menawarkan lebih kurang 2,000 peluang pekerjaan dan sehingga selesai, ia disambung dengan fasa ketiga dan keempat, di mana sebanyak 4,000 jumlah peluang pekerjaan ditawarkan untuk rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memohon bantuan daripada Abang Johari bagi memperuntukkan bekalan kuasa kepada syarikatnya yang juga bersama-sama dengan syarikat dari China.

“Jadi kami mahukan komitmen kuasa berjumlah lebih kurang 270 megawatt (MW) pada tahun 2025 bagi fasa pertama fasiliti baharu itu nanti.

“Selepas bertemu dengan Premier, kami faham tentang keupayaan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan kita akan berbincang dengan pihak SEB tentang berapa kemampuan yang boleh dibekalkan kepada syarikat kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, bekalan minimum pada tahun 2025 sehingga keperluan sepenuhnya pada tahun 2030 pula adalah sebanyak 700 MW.

Tambah beliau, Premier Sarawak mahu pihaknya meneruskan perbincangan dengan SEB untuk merancang dengan tepat keperluan syarikatnya bagi tahun 2025 dan tahun-tahun yang akan mendatang.

“Kami berpuas hati mengenai pertemuan pada pagi ini dan kami berharap akan dapat terus bekerjasama dengan pihak SEB bagi mendapatkan keperluan minimum dan maksimum (bekalan kuasa) mengikut tahun-tahun dan fasa-fasa yang diperlukan syarikat kami,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan