Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perpaduan di Sarawak pelawa Yang di-Pertuan Agong berkenan ke Minggu Perpaduan Negara – Abang Johari

ByMuqri Aziz

LAWAS, 27 Mei: Perpaduan utuh dalam kalangan rakyat Sarawak menjadikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riyatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat untuk menyempurnakan pelancaran sambutan Minggu Perpaduan Negara pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu perpaduan di negeri ini terus mekar serta dijaga rapi  demi kemakmuran Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati daripada Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Makan Malam Komuniti bersama Premier Sarawak di Stadium Tertutup Lawas. Foto: TVS

“Perpaduan dalam kalangan kita yang mempunyai perbezaan tetapi hidup dalam sebuah negara iaitu di sana (Semenanjung, Malaysia) tidak dapat ikut.

“Perpaduan kita begitu kukuh sebab itulah Yang di-Pertuan Agong sendiri datang untuk merasmikan Minggu Perpaduan kerana Sarawak adalah negeri contoh kepada Malaysia dari sudut perpaduan,” beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Komuniti bersama Premier Sarawak di Stadium Tertutup Lawas di sini pada Sabtu.

Abang Johari juga memberitahu kestabilan politik yang dipimpin oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga amat penting untuk membangunkan ekonomi di negeri ini.

Terus mekarkan perpaduan Sarawak – Abang Johari.

“Politik kita stabil di bawah pimpinan GPS kerana dengan adanya kestabilan ini, kita dapat menumpukan untuk membangunkan serta menambah kekuatan yang ada pada Sarawak.

“Saya tubuhkan Sarawak Economic Action Council (SEAC) dan dari situlah lahirnya Dasar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 supaya Sarawak maju berpendapatan tinggi yang merupakan cara terbaik untuk memberi hasil pulangan kepada kita,” ujarnya.

Penganjuran Minggu Perpaduan penting dalam semarakkan semangat rakyat – PM

Pada, 21 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Kuching bagi merasmikan Minggu Perpaduan Negara di Tebingan Kuching yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan