Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing meninjau kaunter Perkeso bergerak di pasar tamu Bintangor, pada Jumaat. Foto: TVS.

Pernas salur RM50 juta biayai francais dan pra-francais

ByTVS

PENAMPANG, 28 Mei: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyalurkan sejumlah RM50 juta bagi tujuan pembiayaan francais dan pra-francais.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, penyaluran pembiayaan tersebut bukan sahaja melahirkan ramai usahawan, malah turut membangunkan jenama francais tempatan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Majlis perasmian penjenamaan semula Mok Corner  dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick bersama Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Dato’ Hazimah Zainuddin, Ahli Lembaga Pengarah Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Pengarah dan Pengasas Mok Sdn.Bhd Jacky Chin. Foto: KUSKOP

Beliau berkata, Pernas juga turut menyediakan ekosistem keusahawanan yang kondusif dengan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan yang bersesuaian kepada para usahawan.

“Produk – produk yang ditawarkan oleh Pernas adalah menyeluruh dan ia merangkumi keperluan kepada francaisor, francaisi dan pra-francaisor.

“Antaranya ialah skim pembiayaan francais, pra-francais, mikro serta pengurusan hartanah dan pembiayaan ekuiti,” katanya dalam ucapan ketika menghadiri majlis penjenamaan semula Mok Corner.

Benedick berkata, setakat ini Pernas telah menyalurkan sejumlah RM428 juta pembiayaan francais kepada 2,162 usahawan di seluruh negara.

Pernas dan Mok Corner telah terjalin sejak 2014, melalui bimbingan Pernas, Mok Corner berjaya mendapat lesen francais pada tahun 2016.

Bermula dengan outlet kecil yang dibuka pada tahun 2008 di Beaufort, kini Mok Corner mempunyai 39 outlet yang mana 18 cawangan dijalankan oleh francaisi dan selebihnya dimiliki oleh Mok Corner Sdn Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan