Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam van. Foto: BBP Bintulu

Maut bertarung nyawa selepas 7 jam kemalangan

BINTULU, 28 Mei: Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan di Signature Park awal pagi tadi dilaporkan meninggal dunia ketika bertarung nyawa tujuh jam selepas kejadian itu.

Mangsa dikenali sebagai Anand Bharathan 29, warga India dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Bintulu pada jam 8 pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi, mangsa mengalami cedera parah selepas van yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB 1) Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 1.19 pagi.

“Seramai 12 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menaiki jentera FRT dan EMRS bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Christus berkata, kemalangan melibatkan sebuah van jenis Nissan Urvan yang dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah lori sehingga mengakibatkan mangsa berkenaan tersepit di bahagian depan van.

“Pasukan Bomba bertindak membuat penyelamatan menggunakan peralatan khas (rescue tool) untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 44 minit sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 2.11 pagi selepas pasukan keluaran operasi bomba memastikan keadaan selamat.

Christus berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa menerima rawatan sekitar jam 8 pagi tadi (Ahad) di hospital berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan