Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail Bernama

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama – TPM

ByBernama

BANTING, 28 Mei: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan terus menunjangi soal berkaitan Islam dan bangsa Melayu tanpa mengetepikan agama serta bangsa lain.

“Tidak akan pernah luntur rasa kemelayuan dan tidak cair keimanan kita kalau kita menyantuni bangsa serta agama lain,” katanya semasa merasmikan majlis anugerah sempena Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-42 dan 43 di sini, semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dan kemajmukan itu harus disantuni demi mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.

“Begitu juga soal kestabilan politik, bukan hanya semata-mata kerana agenda tetapi untuk pembangunan negara bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat keseluruhan,” katanya.

Beliau juga berkata kepimpinan baharu belia khususnya Gerakan Belia 4B Malaysia harus melihat tiga elemen yang turut ditawarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam memastikan mereka bukan hanya berkhidmat untuk ahli semata-mata malah untuk seluruh masyarakat.

Katanya, elemen yang ditawarkan itu adalah penglibatan ahli serta masyarakat khususnya belia dalam sektor ekonomi bagi menaik taraf kehidupan, keterlibatan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta skim rangsangan untuk menaikkan profesion pelajar tahfiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Pertamanya, organisasi yang kita ketuai perlu melihat kepada aspek keterlibatan ahli dalam sektor ekonomi khususnya dan menaik taraf status sistem mesti dilakukan… menerusi program keusahawan (yang ditawarkan kementerian).

“Kementerian juga tawarkan sebanyak 529 kursus menerusi program TVET yang pelbagai agar dimanfaatkan bukan sahaja untuk ahli tetapi juga pemimpin organisasi belia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan