Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melawat gerai media Sarawak yang berlangsung di Mydin Meru hari ini. Foto: Jeeridyne (TVS)

KDJA berharap Sarawak jadi tuan rumah HAWANA 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

IPOH, 28 Mei: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) berharap agar Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bagi tahun 2024.

Presidennya, Ronnie Teo Teck Wei berkata, Kuching mempunyai potensi dan kapasiti yang sesuai untuk sambutan berskala besar itu yang juga dilihat sebagai hab industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Fahmi lawat gerai media Sarawak

“Media Kuching dilihat bekerjasama erat dalam membina hubungan bersama media yang lain. Kami (KDJA) menantikan proses permohonan dan pembidaan untuk menjadi tuan rumah HAWANA tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil Sarawak berpotensi menjadi tuan rumah bagi acara tersebut ketika melawat gerai media Sarawak pada mini karnival sempena HAWANA 2023 hari ini.

Tahun ini merupakan kali pertama media Sarawak mengambil bahagian dalam karnival mini yang dianjurkan sempena HAWANA.

Acara tersebut merupakan platform untuk pengamal media berkumpul dan membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh industri, seperti kebebasan media, berita palsu, dan sebagainya.

Dalam acara itu, orang ramai dididik mengenai organisasi media berpangkalan di Sarawak seperti TVS, The Borneo Post, Utusan Sarawak, DayakDaily, Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) dan lain-lain. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan