Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS.

Jejambat Sibu dibuka kepada umum

SIBU, 28 Mei: Orang ramai akhirnya boleh menggunakan jejambat Sibu, Seksyen Sibu WPC07 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bermula pada jam 6 petang ini.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika melakukan lawatan ke jejambat berkenaan petang tadi.

Alexander bersama Hashim (Kiri) dan Sahrein (kanan) ketika meninjau Jejambat Sibu yang baharu petang tadi. Foto: JKR Sarawak

Beliau berkata, pembukaan jejambat merupakan berita baik buat penduduk Sibu khasnya menjelang sambutan perayaan Hari Gawai.

Ditanya mengenai kos pembinaan jejambat itu, beliau berkata, ia menelan belanja RM950 juta dengan laluan bermula dari jejambat sehingga ke Sungai Kua sepanjang 45.6 Kilometer untuk bahagian itu sahaja.

Beliau berkata, jejambat yang terletak di Bulatan Sibu, Jalan Lebuhraya Pan Borneo ini boleh digunakan oleh kenderaan dari Bintulu ke Kuching tanpa menggunakan bulatan itu.

Begitu juga, katanya, kenderaan dari Lapangan Terbang Sibu menuju ke Bintulu akan menggunakan jejambat itu.

“Ini memudahkan pengguna tanpa perlu menggunakan bulatan. Projek ini akhirnya siap walaupun dalam masa yang lama,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan agar pengguna sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi had laju dan cara betul melakukan pusingan P.

“Ikutlah had laju 90 kilometer sejam yang telah ditetapkan dan jangan memandu laju memandangkan jalan raya sudah cukup bagus,” tegas beliau.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengurus Zon Tengah Cawangan Lebuhraya Pan Borneo (CLPB) JKR Sarawak, Hashim Sahari dan Pengurus Komunikasi Korporat dan Isu Tanah CLPB JKRS, Sahrein Maloh serta wakil pihak konsultan dan kontraktor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan