Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Helikopter tentera terhempas di Bandung

ByTVS

JAKARTA, 28 Mei: Sebuah helikopter milik Penerbangan Tentera Darat Indonesia (Penerbad) terhempas di kawasan Ciwidey, Bandung, Jawa Barat.

Helikopter jenis Bell 412 itu membawa seramai lima askar yang sedang dalam latihan penerbangan kemudian terhempas dan terbakar.

Sebuah helikopter milik TNI AD terhempas di kawasan Ciwidey, Bandung manakala semua kru merupakan lima askar yang sedang dalam latihan terselamat. Foto: Penerangan TNI AD

Menurut Ketua Perkhidmatan Penerangan TNI AD, Brigedier Jeneral Hamim Tohari, kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.

“Kita pastikan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu kerana kesemua kru helikopter terselamat, namun beberapa kru yang terbabit cedera akibat kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perhatian utama akan diberikan kepada mangsa yang cedera dan pihaknya juga akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas helikopter itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan