IPOH, 28 Mei: Sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA 2023) yang diadakan di Ipoh, Perak, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini melawat gerai media Sarawak yang diadakan di Mydin Meru.
Dalam lawatan tersebut, Fahmi bersama Timbalannya Teo Nie Ching meluangkan masa beramah mesra dengan 13 wakil dari media Sarawak.
Wakil dari TVS, Jeeridyne Chan sempat memberi cenderamata TVS kepada Fahmi dan Teo sewaktu lawatan.
Acara kemuncak HAWANA akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi Fahmi pada petang ini. -TVS