Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Penerangan Malaysia, Sarawak Jaafar Jantan (dua dari kiri) menyampaikan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 kepada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah). Foto: JAPEN Sarawak.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, simbol penyatuan rakyat – Dr Abdul Rahman

ByConnie Grace

KUCHING, 27 Mei: Logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini merupakan simbol penyatuan rakyat Malaysia, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu yang juga merangkap menteri bertanggungjawab melancarkan tema berkenaan mendedahkan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan merupakan tema rasmi bagi sambutan kali ini.

Menurutnya pemilihan logo dan tema sambutan tahun ini amat bermakna bagi Malaysia kerana ia menggambarkan prinsip, nilai perpaduan dan kemajmukan rakyatnya.

“Logo dan tema pada tahun ini merupakan satu simbol dan elemen yang penting yang menyatukan rakyat Malaysia agar menghargai detik kedamaian, keamanan dan juga kebebasan yang kita kecapi hari ini.

“Sebagai sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian latar belakang rakyat yang berbilang agama, berbilang bangsa dan berbilang bahasa mempengaruhi pemilihan logo dan tema tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Peringkat Sarawak di Mydin Petra Jaya pada Sabtu.

Ketibaan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Mydin Petra Jaya, pagi tadi disambut oleh Jaafar Jantan dan ketua-ketua jabatan. Foto: JAPEN Sarawak.

Dr Abdul Rahman dalam pada itu berkata seiring dengan sambutan Hari Sarawak yang ke-60, pelbagai aktiviti dan program berskala kecil, sederhana dan besar juga dianjurkan untuk memeriahkan temasya itu tahun ini.

“Aktiviti seperti Konvoi Kembara Sarawak Merdeka, Pameran Digital 60 Tahun Sarawak, Majlis Kesyukuran Perdana, Majlis Jamuan Negeri, Konsert Rakyat dan Pertunjukan Bunga Api, Street Parade, perarakan kereta berhias serta perhimpunan dan perarakan bakal menanti rakyat Sarawak,” ujarnya.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melakukan saringan kesihatan di tapas pameran Pejabat Kesihatan. Foto: JAPEN Sarawak.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak, Jaafar Jantan dan Residen Bahagian Kuching Fathi Hambali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan