KOTA KINABALU, 27 Mei: Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Allahyarham Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Fatimah Awang Ampuan Jair, di sini.
Allahyarham yang merupakan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023)Â dikebumikan tanah perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar kira-kira pukul 5 petang tadi.
Ketibaan Jenazah Awang Askandar di MAS Kargo Kota Kinabalu sekitar jam 2.20 petang tadi terus diiring beberapa tetamu kenamaan, pegawai dan anggota APM ke kampung halamannya.
Cuaca mendung mengiringi majlis pengebumian Askandar yang turut dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan anggota APM.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali mewakili ahli keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan membantu melancarkan urusan pengebumian.
“Alhamdulillah saya mewakili APM dan juga mewakili keluarga Allahyarham Askandar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha dalam memastikan pengurusan jenazah sampai ke kampung halaman beliau.
“Terima kasih diucapkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Kathmandu dan juga pihak berkuasa di Nepal dan sekejap lagi kita akan mengadakan majis pengebumian Allahyarham,” katanya ketika ditemui TVS di Masjid As Salam Kg. Benoni Papar.
Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohammad Alamin. – TVS