Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian (tengah) dalam forum awam kesedaran rabies yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Sarawak sasar 60,000 anjing divaksin menjelang hujung ini – Dr Sim

ByRegina Lee

KUCHING, 26 Mei: Kerajaan menyasarkan kira-kira 60,000 ekor anjing di Sarawak divaksinasi menjelang hujung tahun ini bagi mengekang penularan wabak rabies, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, hanya 4,007 jumlah anjing yang telah divaksin setakat ini dan jumlah tersebut menurun secara drastik berbanding 42,000 ekor jumlah anjing yang telah divaksin pada 2017 lalu.

“Ketika kes rabies pertama direkodkan pada 2017, dalam masa enam bulan kita berjaya memvaksinkan 42,000 anjing. Tahun 2018 mencatatkan rekod yang tertinggi dengan 66,000 anjing telah divaksin.

“Namun pada tahun 2019, ia menurun kepada 50,000 anjing. Tahun-tahun seterusnya terus menunjukkan penurunan yang ketara, dan susulan daripada jumlah vaksin yang menurun, anda dapat lihat bahawa kes rabies mulai muncul kembali.

“Setakat ini hanya 4,007 anjing telah divaksin, masih ada kira-kira 56,000 anjing lagi perlu mendapatkan vaksin rabies menjelang hujung tahun ini,” katanya dalam ucapan forum awam kesedaran rabies yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini.

Pada masa sama, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata hampir 74 peratus anjing telah divaksin di sempadan Sarawak-Kalimantan dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan (UKPS) Sarawak.

“UKPS telah memvaksin 73.8 peratus anjing telah di sempadan negeri kita dan Indonesia tahun ini dan tanpa mereka, kita tidak akan dapat melakukan vaksinasi kerana tenaga kemahiran veterinar yang tidak mencukupi.

“Dengan keadaan terkawal di persempadanan kita, tiba masanya kita fokus terhadap isu rabies yang berlaku di negeri kita agar dapat mencapai status negeri bebas rabies.

“Semua pihak harus bekerjasama, jangan tuding jari, sama-sama kita lakukan bahagian kita,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan