Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelantikan Pengarah J-KOM Sarawak bakal diketahui dua minggu lagi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 26 Mei: Keputusan pelantikan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah J-KOM, Dato Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, proses pencalonan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang johari Tun Openg, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan J-KOM telahpun selesai namun masih menunggu surat pelantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

“Kita telah mengangkat nama yang dicadangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan juga telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengikut pelantikan kerajaan dari segi prosedur dan mesyuarat yang bakal dijalankan, saya kira kita boleh mengetahuinya dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas Townhall Bicara Perpaduan di Hotel USCI di sini, pada Jumaat.

Dalam masa sama menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, nama yang ditengahkan merupakan individu bukan dalam kalangan politik.

“Apabila ia (J-KOM) dikendalikan oleh orang politik, maka ia boleh lari atau tidak memenuhi hasrat objektif J-KOM seperti mana kita mahu J-KOM menjadi agensi pengantara mayarakat yang dapat menguatkan perpaduan.

“Kita mahu orang yang benar profesional, pegawai diplomat yang berpengalaman dan memahami keadaan di Sarawak,” katanya.

Sebanyak tiga buah institut pengajian awam yang terlibat dalam Townhall Bicara Perpaduan yang melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Politeknik Kuching.

Turut hadir pempengaruh Ain Shuhada sebagai moderator Sesi Bicara Perpaduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan