Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 Tahun akan berlangsung di pelbagai lokasi di seluruh Sarawak.

Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 Tahun pamer pembangunan pelbagai aspek

ByDayu Adruce

KUCHING, 26 Mei: Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 Tahun akan diadakan bermula 26 Mei 2023 untuk meraikan warisan dan inovasi negeri ini dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan Sarawak yang ke-60.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi kenyataan berkata, ia akan menjadi platform yang menarik untuk memperkenal dan mempromosikan kepelbagaian industri, seni, kreativiti, serta sektor ekonomi utama yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak.

“Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 Tahun akan membentangkan dua kluster utama iaitu Sarawak Digital Pavilion dan PCDS 2030: Key Economic Sector dan Enablers. Pengunjung akan dapat meneroka dan memahami pelbagai sektor ekonomi utama dan enabler yang akan membentuk masa depan Sarawak,” katanya.

Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 Tahun akan berlangsung di pelbagai lokasi di seluruh Sarawak pada tarikh-tarikh yang berikut:

  • > Lawas, Limbang (Taman Awam Lawas): 26 – 28 Mei 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Miri (Miri Indoor Stadium): 9 – 11 Jun 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Bintulu (Bintulu Paragon Street Mall): 9 – 11 Jun 2023, 10 pagi – 10 malam
  • > Sibu (Sibu Indoor Stadium): 16 – 18 Jun 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Mukah (Dewan Mesra Mukah): 16 – 18 Jun 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Kapit (Kapit Town Square): 23 – 25 Jun 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Sarikei (Dewan Suarah Sarikei): 23 – 25 Jun 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Betong (Dewan Panglima Rentap): 30 Jun – 2 Julai 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Sri Aman (Dewan Suarah Sri Aman): 7 – 9 Julai 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Serian (Serian Conference Centre): 14 – 16 Julai 2023, 8 pagi – 5 petang
  • > Samarahan (Summer Mall): 14 – 16 Julai 2023, 10 pagi – 9 malam
  • > Kuching (Plaza Merdeka): 21 – 23 Julai 2023, 10 pagi – 10 malam

Penganjurannya adalah hasil daripada kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang terlibat di bawah tanggungjawab Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Setiausaha Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut bertanggungjawab dalam penganjuran ini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang akan memastikan kelancaran pameran bagi bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong dan Sarikei.

Manakala, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan), Dr. Ripin Lamat pula bertanggungjawab bagi bahagian Limbang, Miri, Bintulu, Sibu, Mukah dan Kapit.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam penyediaan kandungan video untuk pameran ini adalah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Muzium Sarawak, Jabatan Penerangan Sarawak dan Pustaka Negeri Sarawak. 

Mereka akan menyampaikan isi kandungan yang berkaitan dengan perkembangan dan pencapaian Sarawak dalam pelbagai bidang kepada pengunjung pameran.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan