Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menyampaikan cenderahati kepada Miro Simuh pada Majlis Perasmian Balai Polis Siniawan, Bau, hari ini. Foto: TVS

Kes jenayah di Sarawak menurun, PDRM komited cegah jenayah

BAU, 26 Mei: Kadar jenayah indeks di Sarawak bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini merekodkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, bagi tempoh Januari hingga April 2023, sebanyak 1,107 kes jenayah indeks dilaporkan berbanding 1,239 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, selain jenayah indeks, kes jenayah melibatkan harta benda juga menyaksikan penurunan 143 kes menjadikannya 923 kes pada empat bulan tahun ini.

Bagaimanapun, kes-kes melibatkan jenayah kekerasan merekodkan peningkatan kepada 180 kes yang dilaporkan bagi tempoh empat bulan tersebut berbanding 11 kes tahun lalu, peningkatan sebanyak 94 peratus.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya, saya masih lagi mengatakan bahawa keadaan keselamatan dan kententeraman awam di Sarawak ini adalah terkawal.

“PDRM komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika sidang media selepas perasmian Balai Polis Siniawan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh.

Balai Polis Siniawan, Bau yang dirasmikan oleh Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, hari ini. Foto: TVS

Balai polis tersebut yang dibina menerusi Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) DUN Serembu menelan kos RM500,000.

Pembinaan balai polis yang mengambil masa 23 bulan itu, mula dibina pada 1 Februari 2020 siap sepenuhnya pada 25 Februari 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan